Pengumuman

SURAT PELEPASAN KEPADA PELAJAR PROGRAM SEPARUH MASA - FKM


25/5/2013 Daripada: azizi
Dimaklumkan kepada mahasiswa Fakulti kejuruteraan Mekanikal yang mengambil kursus Projek Sarjana Muda pada Semester II Sesi 2012/2013 dan Makmal Kejuruteraan pada Semester III Sesi 2012/2013, berikut merupakan surat pelepasan Projek Sarjana Muda dan surat pelepasan Makmal Kejuruteraan untuk rujukan mahasiswa :

SURAT PELEPASAN PROJEK SARJANA MUDA - Sem.II, 2012/2013
SURAT PELEPASAN TUGAS (MAKMAL) - Sem.III, 2012/2013

SURAT MENGHADIRI MAKMAL - Sem.II, 2012/2013


Sekian, harap maklum.

PEMBENTANGAN PROJEK SARJANA MUDA II (SPU4904) SEM. II SESI 2012/2013 - FP


25/5/2013 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan kepda mahasiswa Fakulti Pendidikan yang mengambil kursus SPU4904 - Projek Sarjana Muda II, berikut merupakan surat menjalani pembentangan PSM II dan borang permohonan pembentangan seminar PSM II :-

SURAT PEMBENTANGAN PSM II
BORANG PEMBENTANGAN PSM II
 
Sekian, harap maklum.

MAKLUMAN RUANG KULIAH PROGRAM DIPLOMA SEMESTER III, 2012/2013 : JOHOR BAHRU & PONTIAN


24/5/2013 Daripada: zaini
Perhatian kepada semua pihak, berikut merupakan MAKLUMAT BILIK KULIAH :

MAKLUMAN : PERPINDAHAN RUANG KULIAH (dikemaskini Mei 24,2013)

Sekian, harap maklum.

MAKLUMAN RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA SEMESTER II, 2012/2013 : JOHOR BAHRU


24/5/2013 Daripada: zaini
Perhatian kepada semua pihak, berikut merupakan MAKLUMAT BILIK KULIAH bagi Program Sarjana Muda, Pengajian Separuh Masa Semester II Sesi 2012/2013 : Pusat Pembelajaran Johor Bahru.

MAKLUMAT BILIK KULIAH MINGGU KE-15 (dikemaskini Mei 23,2013|Jam21:03)


Sebarang maklumat / pertanyaan boleh tersu hubungi En. Mohd Zaini Bin Azizan, Eksekutif (Operasi & Tugas-Tugas Khas) : Email - zaini@utmspace.edu.my  No. Tel 019-779 0096.

Sekian, harap maklum.

STATUS RAYUAN BAUCER BUKU SATU MALAYSIA (BB1M) - PUSAT KUALA LUMPUR


23/5/2013 Daripada: azizi
Makluman kepada mahasiswa UTMSPACE, berikut adalah Jadual Agihan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) untuk Rayuan Kedua.

Mahasiswa yang layak menerima agihan BB1M 2013 ini adalah mahasiswa yang AKTIF semasa semester I sesi 2012/2013 bagi Program Sarjana Muda dan semester II sesi 2012/2013 bagi Program Diploma. Sekiranya mahasiswa tangguh tanpa mengisi borang, adalah dianggap tidak aktif.

Sehubungan itu, mahasiswa diminta menunjukkan Kad Pengenalan atau Kad Matrik mahasiswa di kaunter penyerahan BB1M. Mahasiswa TIDAK DIBENARKAN menggunakan khidmat wakil untuk menuntut baucer tersebut.

Tempoh tuntutan baucer adalah 23 hingga 26 Mei 2013 bagi mengelakkan tarikh luput sahlaku BB1M.

KLIK DI SINI untuk melihat status pemohon.

Sekian, harap maklum.

SENARAI BILIK KULIAH PROGRAM DIPLOMA KE - 7 (25 & 26 MEI 13) SEM. III SESI 2012/2013 - K.L


23/5/2013 Daripada: fairos
Adalah dimaklumkan, sila semak Senarai Bilik Kuliah Program DIPLOMA Sem.III Sesi 2012/2013 bagi Pusat K.L diruangan MUAT TURUN (JADUAL KULIAH) atau :

JADUAL BILIK KULIAH (kemaskini : 23/5/13)


SENARAI NAMA PELAJAR MENGIKUT KURSUS DAN SEKSYEN (kemaskini : 7/5/13)
UNIT AKADEMIK BAHASA
UNIT PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
UNIT PENDIDIKAN ISLAM


Kuliah bagi Program DIPLOMA akan diadakan di :
i)    UTM KL, Jln Semarak
ii)   Kolej Siswa Jaya, UTMKL, Jln Rejang

Sekian Harap Maklum.

PEMBENTANGAN PSM I & II BAGI PUSAT KL (FC) - SEM. II SESI 2012/2013


23/5/2013 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa Fakulti Komputeran, mahasiswa diminta untuk mengemaskini maklumat berkaitan Projek Sarjana Muda I dan II masing-masing di URL berikut :

http://bit.ly/13yHctD

Pengemaskinian maklumat ini adalah untuk proses penyediaan jadual pembentangan PSM I dan PSM II yang akan diadakan pada :

Tarikh : 8 Jun 2013 (Sabtu)
Tempat : Akan dimaklumkan kemudian


Sekian, harap maklum.

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROG. IJAZAH SARJANA MUDA SEM II,SESI 1213 (MENGIKUT KURSUS / TEMPAT)- KL


23/5/2013 Daripada: fairos
Adalah dimaklumkan kepada semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda, sila semak Jadual  Peperiksaan Akhir Semester II Sesi 2012/2013 .Sila rujuk diruangan muat turun PEPERIKSAAN atau klik dibawah :

JADUAL PEPERIKSAAN MENGIKUT KOD KURSUS (kemaskini: 23 / 5 / 13)
SENARAI NO MEJA MENGIKUT BILIK PEPERIKSAAN (Bangunan UTMSPACE Jln. Tun Razak)

PENTING :
i ). Mahasiswa mesti membawa SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN kedalam bilik peperiksaan, kepada pelajar yang tiada slip tersebut,tidak dibenarkan memasuki dewan peperiksaan. Dingatkan, pelajar perlu menjelaskan Yuran Pengajian, supaya dapat mencetak Slip Peperiksaan tersebut.
ii). Mahasiswa perlu memastikan kedudukan no meja yang telah ditetapkan, sebelum memasuki Bilik Peperiksaan.
iii).Mahasiswa dinasihatkan merujuk jadual peperiksaan dari masa ke semasa bagi mengelakan sebarang masalah.

Sekiranya terdapat  sebarang masalah sila  berhubung terus dengan (03-27722560 - Pn.Zakhirah@Pn.Rozlinda) pusat Kuala L

PEMBENTANGAN LATIHAN ILMIAH FAKULTI PENGURUSAN - SEM.II SESI 2012/2013


23/5/2013 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa Fakulti Pengurusan, berikut merupakan jadual pembentangan dan surat pelepasan bagi Latihan Ilmiah (SHP3353/SHD3813 - LATIHAN ILMIAH) :

SURAT PELEPASAN LI
JADUAL PEMBENTANGAN

Pembentangan ini akan berjalan pada :

Tarikh : 27 & 28 Mei 2013 (Isnin dan Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bangunan D06, Fakulti Pengurusan, UTM Johor.


sekian, harap maklum.

JADUAL PEPERIKSAAN (MUKTAMAD 5) FKE BAGI SEMESTER II, SESI 2012/2013


23/5/2013 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Elektrik, berikut adalah perubahan tarikh peperiksaan dan tambahan kursus peperiksaan bagi Semester II Sesi 2012/2013 untuk rujukan mahasiswa :-

KLIK DISINI

Sekian, harap maklum.

TAMBAHAN SEKSYEN UHB3052 (EFFECTIVE ORAL COMM. SKILLS) SEM. III 12/13 - PUSAT KL


22/5/2013 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa Program Sarjana Muda, seksyen bagi kursus UHB3052 - Effective Oral Communication Skills di pusat pembelajaran Kuala Lumpur telah ditambah. Mahasiswa boleh mendaftar kursus berkenaan dengan kadar segera.

Sekian, harap maklum.

JADUAL PEPERIKSAAN PROGRAM DIPLOMA BAGI SEMESTER III, SESI 2012/2013 - SEMUA PUSAT


22/5/2013 Daripada: fairos
Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa Program Diploma, berikut adalah jadual peperiksaan bagi Semester III Sesi 2012/2013 untuk rujukan mahasiswa :-

KLIK DISINI

Sekian, harap maklum.

JADUAL KULIAH PROGRAM DIPLOMA SEM. I SESI 2013/2014 TERKINI (22/05/2013)


22/5/2013 Daripada: fairos
Adalah dimaklumkan, sila semak jadual kuliah Program Diploma Semester I Sesi 2013/2014 terkini diruangan MUAT TURUN (Jadual Kuliah) atau klik senarai dibawah :

JADUAL KULIAH DDA/DDPA
JADUAL KULIAH DDPG/W/DDG/W
JADUAL KULIAH DDC/DDZ/DDPC


Sekian, harap maklum

SENARAI BILIK KULIAH IJZH SARJ. MUDA MINGGU KE- 15 (25 & 26 MEI 13) SEM. II SESI 2012/2013 - K.L


22/5/2013 Daripada: fairos
Adalah dimaklumkan, sila semak Senarai Bilik Kuliah Ijzh. Sarj. Muda Sem.II Sesi 2012/2013 bagi Pusat K.L diruangan MUAT TURUN (JADUAL KULIAH) atau :

KLIK DISINI (kemaskini : 22/05/ 2013)
PETA LOKASI PUSAT PEMBELAJARAN UTMSPACE (PPSM) - KL
MAKLUMAT PENGINAPAN PELAJAR PUSAT KL


Kuliah bagi Program Ijzh. Sarj. Muda akan diadakan di :
i)    Bangunan UTMSPACE, Jln Tun Razak
ii)   UTM KL, Jln Semarak
iii)  Kolej Telekom (MMC), Jln Semarak

PERHATIAN:
- Mahasiswa DIWAJIBKAN memakai KAD MATRIK dan melekatkan PELEKAT KENDERAAN UTMSPACE di kenderaan (KLIK DISINI) bagi meletak kenderaan di kawasan Bangunan UTMSPACE,Jln Tun Razak. Mahasiswa yang gagal mengikut arahan dan peraturan tersebut TIDAK DIBENARKAN masuk.

Sekian, harap maklum.

CETAKAN SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR - PROGRAM SARJANA MUDA


22/5/2013 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan kepada semua mahasiswa bagi Program Sarjana Muda, saudara diminta untuk mencetak semula slip menduduki peperiksaan yang terkini mulai 24 Mei 2013 kerana terdapat perubahan pada jadual peperiksaan akhir.

Sekian, harap maklum.

SEMINAR PEMBENTANGAN PSM I & II (FAB) - SEM. 2 SESI 2012/2013


21/5/2013 Daripada: azizi
Kepada semua mahasiswa Sarjana Muda Ukur Bahan Dan Sarjana Muda Sains Pembinaan yang terlibat dengan Seminar Projek Sarjana Muda I & II (SBQ 4812, SBC 3712, SBQ 4824 Dan SBC 3724), Viva Projek Sarjana Muda akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 27 Mei 2013 (Isnin)
Tempat : Bilik Seminar Bangunan B12, Fakulti Alam Bina, UTM, SKUDAI


JADUAL VIVA PSM I & II

Sila lihat lampiran yang diberikan bagi memudahkan mahasiswa mengetahui maklumat berkaitan Viva tersebut.

JADUAL PEPERIKSAAN (MUKTAMAD) FKA BAGI SEMESTER II, SESI 2012/2013


20/5/2013 Daripada: rashid
Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa Fakulti kejuruteraan Awam, berikut adalah perubahan tarikh peperiksaan dan tambahan kursus peperiksaan bagi Semester II Sesi 2012/2013 untuk rujukan mahasiswa :-

KLIK DISINI

Sekian, harap maklum.

PENAWARAN KURSUS BAGI PROGRAM SARJANA MUDA KEJURUTERAAN AWAM SEM III SESI2012/2013


20/5/2013 Daripada: rashid
Adalah dimaklumkan kepada Mahasiswa Program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, berikut adalah tambahan subjek yang akan ditawar bagi Semester 3 Sesi 2012 / 2013 bagi mahasiswa yang tidak mendapat pengecualian kredit berikut :

1. SAB1713 -  Mekanik Tanah
2. SAB1513 - Mekanik Bendalir
3. SAB1423 - Lukisan Kejuruteraan Awam

Mahasiswa yang bercadang untuk mengikuti kursus tersebut, sila buat pendaftaran secara online.

Sekian, Harap maklum.

PEMBENTANGAN PROJEK SARJANA MUDA FAKULTI PENGURUSAN SEM 2,SESI 1213 - SEMUA PUSAT


20/5/2013 Daripada: fairos
Adalah dimaklumkan kepada Mahasiswa Fakulti Pengurusan yang mendaftar (SHD 3812/SHD 3824) bagi semua pusat pembelajaran, Pembentangan Projek Sarjana Muda (PSM) akan dijalan pada : -

Tarikh     : 30hb Mei 2013 (Khamis)
Masa      : 8.00pg hingga 5.00ptg
Pakaian : Rasmi dan Kemas
Tempat  : Bangunan D06,Fakulti Pengurusan,UTM Skudai,Johor.


Sila KLIK semak Garis Panduan PSM.

Sekian Harap Maklum.

JADUAL PEPERIKSAAN (MUKTAMAD) FS BAGI SEMESTER II, SESI 2012/2013


17/5/2013 Daripada: rashid
Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa Fakulti Sains, berikut adalah perubahan tarikh peperiksaan dan tambahan kursus peperiksaan bagi Semester II Sesi 2012/2013 untuk rujukan mahasiswa :-

KLIK DISINI

Sekian, harap maklum.

MAKLUMAN BERKAITAN MAKMAL FKE - SEM.III SESI 2012/2013


15/5/2013 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Elektrik yang mendaftar kursus Makmal pada Semester III Sesi 2012/2013, berikut merupakan makluman penting berkaitan kursus Makmal :-

MAKMAL TAHUN 2 & 3

MAKMAL TAHUN 4 


Sekian, harap maklum.

MAKLUMAT PENDAFTARAN KURSUS DAN SESI KHIDMAT NASIHAT KURSUS UMUM UNIVERSITI , SEMESTER III 2012/2013


14/5/2013 Daripada: azizi
Makluman kepada mahasiswa UTMSPACE Program Sarjana Muda, pendaftaran kursus Sem III, Sesi 2012/2013 akan bermula pada 29 April 2013 - 26 Mei 2013. Mahasiswa boleh merujuk Buku Garis Panduan Semester III Sesi 2012/2013 di ruangan PENAWARAN atau klik di bawah :-

BUKU GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KURSUS UMUM UNIVERSITI
DAN KUSRUS FAKULTI UTM, SEMESTER III 2012/2013 (Terkini : 14 Mei 2013)


Untuk makluman mahasiswa, satu Sesi Khidmat Nasihat Kursus Umum Universiti, Semester III 2012/2013 akan diadakan di 3 pusat pembelajaran seperti berikut :-

JOHOR BAHRU (01)
Tarikh : 11 Mei 2013 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 2.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat UTMSPACE Taman Universiti

PULAU PINANG (03)
Tarikh : 18 Mei 2013 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 4.00 ptg.
Tempat : Bilik Seminar 1, Pusat Pembelajaran Pulau Pinang

KUALA LUMPUR (04)
Tarikh : 19 Mei 2013 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 4.00 ptg
Tempat : Bangunan UTMSPACE, Jalan Tun Razak

Sekian, terima kasih.

PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH (e-PPP-SP) SEMESTER III, SESI 2012/2013


11/5/2013 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan Program Pengajian Separuh Masa sedang menjalankan Penilaian Pengajaran Pensyarah (E-PPP-SP) UTMSPACE bagi mahasiswa Program Sarjana Muda . Tempoh penilaian adalah bermula 08 Mei 2013 sehingga 29 Mei 2013. Mahasiswa digalakkan melakukan penilaian awal bagi mengelakkan kesesakan akses pada saat akhir. Sila Logout apabila proses penilaian E-PPP dilakukan selesai.

Sebarang masalah, sila maklumkan kepada Pn. Norulhuda (07-5218155 / norulhuda@utmspace.edu.my) atau Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) di talian 07-5218116.

Sekian harap maklum. 

JADUAL SEMINAR PEMBENTANGAN PROJEK SARJANA MUDA SEM. 2 SESI 2012/2013


10/5/2013 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal yang mengambil kursus Projek Sarjana Muda I dan II, berikut merupakan jadual seminar bagi pembentangan PSM I dan II bagi Semester 2, Sesi 2012/2013.

KLIK DISINI

Seminar ini akan dijalankan pada  6 Jun 2013.

Sekian, harap maklum.

JADUAL PEPERIKSAAN (MUKTAMAD) FKE BAGI SEMESTER II, SESI 2012/2013


10/5/2013 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Elektrik, berikut adalah perubahan tarikh peperiksaan dan tambahan kursus peperiksaan bagi Semester II Sesi 2012/2013 untuk rujukan mahasiswa :-

KLIK DISINI

Sekian, harap maklum.

PERHATIAN KEPADA GRADUAN PROGRAM SARJANA MUDA KEJURUTERAAN KONVO. KE-50 UTM


9/5/2013 Daripada: azizi
Mohon kerjasama Graduan Program Sarjana Muda Kejuruteraan Pengajian Separuh Masa UTMSPACE Konvokesyen ke-50 UTM, graduan perlu menghantar dokumen pendaftaran dengan Board of Engineers Malaysia(BEM). Berikut merupakan dokumen yang perlu graduan serahkan sebelum 24 Mei 2013 seperti berikut:

1. Borang Pendaftaran (Borang A) secara online di KLIK DISINI
2. Salinan kad pengenalan graduan
3. Salinan diploma & transkrip akademik
4. Salianan ijazah & transkrip akademik
5. Bukti Pembayaran sebanyak RM50 secara online atau wang pos (atas nama Lembaga Jurutera Malaysia).


Sila hantar dokumen tersebut kepada alamat seperti berikut :

Seksyen Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni UTMSPACE
No. 34-50, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti
81300 Skudai, Johor.

Sekian, harap maklum.

PENAWARAN KURSUS ENG. FOR WORKPLACE COMM. (UHB3022) - PUSAT KL


8/5/2013 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa Program Sarjana Muda, kuota bagi kursus UHB3022 - English For Workplace Communication di pusat pembelajaran Kuala Lumpur telah penuh. Oleh itu, mahasiswa perlu mendaftar kursus UHB3052 - Effective Oral Communication Skill.

Sekian, harap maklum.

PENGAMBILAN SIJIL ANUGERAH DEKAN SEM. I SESI 2012/2013 BAGI PROGRAM DIPLOMA & IJAZAH - PUSAT K.L


7/5/2013 Daripada: fairos
Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa Program Diploma & Ijazah Sarjana Muda pusat Kuala Lumpur, anda boleh mengambil Sijil Anugerah Dekan bagi semester I sesi 2012/2013 di kaunter pelajar Bangunan UTMSPACE, Kuala Lumpur bermula 07 Mei 2013.

Sekian, harap maklum.

MAKLUMAN BERKAITAN KURSUS MAKMAL FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM - SEM.III, 2012/2013


7/5/2013 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar kursus Makmal pada Semester III Sesi 2012/2013, berikut adalah makluman berkaitan kursus makmal untuk rujukan mahasiswa :-

KLIK DISINI 

Sekian, harap maklum.

PERUBAHAN NAMA FAKULTI


7/5/2013 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa Pengajian Separuh Masa UTMSPACE, berikut merupakan perubahan nama fakulti dan nama singkatan untuk makluman mahasiswa :

Sebelum : Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM)
Selepas : Fakulti Pengurusan (FM)

Sebelum : Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM)
Selepas : Fakulti Komputeran (FC)

Sebelum : Fakulti Kejuruteraan Biosains dan Sains Kesihatan (FKBSK)
Selepas : Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan (FBME)


Sekian, harap maklum.

PENYERAHAN LAPORAN PSM I & PSM II BAGI MAHASISWA PROGRAM FTI


6/5/2013 Daripada: azizi
Dimaklumkan bahawa tarikh akhir penyerahan Laporan Projek Sarjana Muda I (SPU4902) bagi mahasiswa program SPI pusat pembelajaran Kuala Lumpur untuk dinilai oleh Penyelia adalah pada 10 Jun 2013 (Isnin).

Manakala tarikh penyerahan Laporan Projek Sarjana Muda II (SPU4904) bagi mahasiswa program SPI pusat pembelajaran Johor Bahru dan Kuala Lumpur adalah pada 20 Mei 2013 (Isnin). Bilangan laporan yang dihantar adalah tiga (termasuk salinan penyelia). Laporan tersebut hendaklah diserahkan kepada Cik Salmiah binti Sarman di pejabat am Fakulti Tamadun Islam, UTM, Johor Bahru.

Oleh itu, tarikh pembentangan adalah pada 30 Mei 2013 (Khamis) di Fakulti Tamadun Islam, UTM, Johor Bahru. Manakala tarikh akhir menghantar Naskah Berjilid (3 salinan) dan e-Tesis (CD) pada 17 Jun 2013 (Isnin).

Segala pertanyaan boleh berhubung dengan Penyelaras berikut:
Kuala Lumpur : Ustazah Zaharah (013-6749627)
Johor Bahru : Ustaz Abdullah (011-12134849)

Sekian, harap maklum.

PENYELEWENGAN KES TATATERTIB MAHASISWA PENGAJIAN SEPARUH MASA UTMSPACE


4/5/2013 Daripada: norulhuda
Dimaklumkan kepada semua mahasiswa PERBICARAAN KES TATATERTIB  telah dijalankan pada 21 Feb.2013 di Pejabat UTMSPACE, Johor Bahru dan dipaparkan hukuman perbicaraan untuk perhatian dan peringatan kepada semua pihak khususnya Mahasiswa Pengajian Separuh Masa UTMSPACE:-

HUKUMAN PERBICARAAN KES TATATERTIB

Sekian, harap maklum.

MAKLUMAT PENDAFTARAN KURSUS DAN SESI KHIDMAT NASIHAT, SEMESTER I 2013/2014


2/5/2013 Daripada: azizi
Makluman kepada mahasiswa UTMSPACE Program Diploma, pendaftaran kursus Sem I, Sesi 2013/2014 akan bermula pada 29 April 2013 - 26 Mei 2013. Mahasiswa boleh merujuk penawaran kursus tersebut di ruangan PENAWARAN atau klik di bawah :-

PENAWARAN KURSUS (PROGRAM DKK)
PENAWARAN KURSUS (PROGRAM DPI)

PERKARA PENTING SEM. I SESI 2013/2014

Untuk makluman mahasiswa, satu Sesi Khidmat Nasihat bagi Semester I 2013/2014 akan diadakan di 2 pusat pembelajaran seperti berikut :-

JOHOR BAHRU (01)
Tarikh : 11 Mei 2013 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 2.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat UTMSPACE Taman Universiti

KUALA LUMPUR (04)

Tarikh : 19 Mei 2013 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 4.00 ptg
Tempat : Bangunan UTMSPACE, Jalan Tun Razak

Sekian, terima kasih.

EKSPEDISI MESRA SISWA 2013 PENGAJIAN SEPARUH MASA UTMSPACE


2/5/2013 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan kepada semua mahasiswa, UTMSPACE akan menganjurkan Program Ekspedisi Mesra Mahasiswa 2013 Pengajian Separuh Masa UTMSPACE bagi semua pusat pembelajaran. Program ini akan diadakan mulai 11 hingga 26 Mei 2013.

1. Jadual Program 
2. Borang penyertaan Pertandingan Bowling 

Sebarang pertanyaan sila hubungi 07-521 2000 (HOTLINE)/ 07-521 8139 (PN. NASLIANA)/ 07-521 5178 (PN. NORIMALIZA).

Sekian, harap maklum.

PENGAMBILAN SIJIL ANUGERAH DEKAN SEMESTER I SESI 2012/2013 BAGI PROGRAM DIPLOMA


2/5/2013 Daripada: rashid
Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa Program Diploma Pengajian Separuh Masa, anda boleh mengambil Sijil Anugerah Dekan bagi semester I sesi 2012/2013 di kaunter UTMSPACE mengikut pusat pembelajaran masing - masing bermula 03 Mei sehingga 03 Jun 2013.

Sekian, harap maklum.

JAWATANKUASA INDUK MAHASISWA & ALUMNI, PENGAJIAN SEPARUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 13/14


22/3/2013 Daripada: zaini
Adalah dengan ini Universiti Teknologi Malaysia mengistiharkan perlantikan

JAWATANKUASA INDUK MAHASISWA & ALUMNI
PENGAJIAN SEPARUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2013/2014

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perlantikan jawatankuasa ini merupakan jalinan saluran antara pihak pengurusan Universiti (khususnya Pusat Pengajian Separuh Masa, UTMSPACE) dengan Mahasiswa dan Alumni Pengajian Separuh Masa UTM. Sehubungan itu, pihak pengurusan mengalu-alukan seluruh wagra UTM dapat menggunakan saluran ini dengan
sebaik-baiknya untuk kebaikan bersama.

JAWATANKUASA INDUK MAHASISWA PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM

JAWATANKUASA INDUK ALUMNI PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ANUGERAH DEKAN & HADIAH UTMSPACE – KONVO KE-50 UTM


1/3/2013 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan kepada Graduan Program Sarjana Muda dan Diploma, pihak UTMSPACE menyediakan Hadiah Khas (Kategori Veteran,Suami-Isteri, Golongan Istimewa & Adik-Beradik/Kembar) yang akan disampaikan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Dekan dan Hadiah UTMSPACE sempena Majlis Konvokesyen Ke-50 UTM.

Kepada Graduan Program Sarjana Muda yang telah menamatkan pengajian pada Semester III Sesi 2011/2012 dan Semester I Sesi 2012/2013 manakala bagi Graduan Program Diploma yang telah menamatkan pengajian pada Semester I Sesi 2012/2013, sila maklumkan kepada pihak UTMSPACE (Seksyen Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) di talian 07-521 8139/ 5178 sekiranya saudara tergolong dalam kategori ini.

AGIHAN BAUCER BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2013


24/2/2013 Daripada: azizi
Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa UTMSPACE, berikut adalah Jadual Agihan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) untuk makluman mahasiswa :

JADUAL AGIHAN BB1M 2013
CARTA ALIR AGIHAN BB1M

Mahasiswa yang layak menerima agihan BB1M 2013 ini adalah mahasiswa yang AKTIF semasa semester I sesi 2012/2013 bagi Program Sarjana Muda dan semester II sesi 2012/2013 bagi Program Diploma.

Sehubungan itu, mahasiswa diminta menunjukkan Kad Pengenalan atau Kad Matrik mahasiswa di kaunter penyerahan BB1M. Mahasiswa TIDAK DIBENARKAN menggunakan khidmat wakil untuk menuntut baucer tersebut.

Tempoh tuntutan baucer adalah 23 Februari hingga 31 Mei 2013.

Sekian, harap maklum.

MAKLUMAT PUSAT PEMBELAJARAN UTMSPACE


15/2/2013 Daripada: zaini
Perhatian kepada semua pihak...
Berikut merupakan maklumat Pusat Pembelajaran UTMSPACE bagi Pengajian Separuh Masa. Sebarang pertanyaan berkaitan urusan logistik (keperluan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran) boleh terus hubungi Pegawai Bertanggungjawab di setiap pusat pembelajaran.


MAKLUMAT PUSAT PEMBELAJARAN UTMSPACE
PENGAJIAN SEPARUH MASA
(dikemaskini Feb.13,2013)


Sekian, harap maklum.

MAKLUMAN RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA SEMESTER II, 2012/2013 : PULAU PINANG


15/2/2013 Daripada: zaini
Perhatian kepada semua pihak, berikut merupakan MAKLUMAT BILIK KULIAH bagi Program Sarjana Muda, Pengajian Separuh Masa Semester II Sesi 2012/2013 : Pusat Pembelajaran Pulau Pinang.

MAKLUMAT BILIK KULIAH - FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (dikemaskini Feb.15,2013)


MAKLUMAT BILIK KULIAH - FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (dikemaskini Feb.15,2013)

MAKLUMAT BILIK KULIAH - FAKULTI KOMPUTERAN
(boleh terus merujuk di Pusat Pembelajaran UTMSPACE Pulau Pinang)

Sebarang maklumat / pertanyaan boleh tersu hubungi En. Mohd Farhan Bin Haji Darus, Koordinator Pusat Pembelajaran UTMSPACE Pulau Pinang : Email - farhan@utmspace.edu.my  No. Tel 04-642 2140.

Sekian, harap maklum.